SIPITANG : Biro Ekonomi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Mesapol (Kg Kalamauh) dan Biro Ekonomi dan Usahawan (BEU) Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) baru-baru ini menganjurkan Kursus Asas Membuat Sabun.
Kursus sehari yang diadakan di Kg Kalamauh dan dihadiri 41 peserta itu dirasmikan Pegawai Perpaduan Zon Pedalaman Bawah, Marhadi M Ardin.
Hadir sama, Naib Presiden PAADIAN, Zaleha Baha, Pegawai Perpaduan Daerah Sipitang, Ag Zulfadli Ag Musa, Pengerusi KRT Pekan Mesapol (Kg Kalamauh), Abdul Bakar Esah, Setiausaha BEU PAADIAN, Aspar Isah .
Marhadi berkata program itu memberi impak yang positif dalam usaha membantu masyarakat menerokai bidang ekonomi yang mampu menjana pendapatan.
"Selain aktiviti sosial dan kemasyarakatan KRT turut berperanan melaksanakan program yang mampu menambah pendapatan komuniti setempat. Justeru saya amat berharap usaha seperti ini dapat diadakan secara berterusan," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada PAADIAN yang telah bekerjasama menganjurkan kursus itu.
"Saya melihat gabungan kerjasama antara PAADIAN dan KRT dalam penganjuran kursus ini amat baik dan dialu-alukan. Dalam kesempatan ini saya bagi pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Intetgrasi Nasional (JPNIN) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan KRT dan saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan bukan sahaja KRT di sini malah di lain-lain KRT, " katanya ketika berucap merasmikan kursus itu.
Kursus membuat sabun yang berasaskan madu kelulut yang julung-julung kalinya diadakan di sini itu dikendalikan oleh Kamariah Moksin.
KAMARIAH (tiga kanan) menunjukkan kaedah membuat sabun kepada peserta
MARHADI (kiri) kelihatan bertanyakan sesuatu kepada Kamariah (kanan) selepas majlis perasmian kursus membuat sabun anjuran KRT dan PAADIAN baru-baru ini
DARI kanan : Ag Zulfadli, Zaleha dan Marhadi melihat barangan kosmetik yang turut dipamerkan sempena kursus itu
ASPAR (kiri), Marhadi (lima kanan), Zaleha (tiga kanan) dan Kamariah (dua kanan) merakam kenangan bersama jawatankuasa penganjur Kursus Asas Membuat Sabun
SEBAHAGAN peserta yang menghadiri Kursus Asas Membuat Sabun anjuran PAADIAN dan KRT Pekan Mesapol (Kg Kalamauh) Sipitang