Borang Keahlian PAADIAN

Borang Keahlian Paadian

Friday, 23 December 2016

KENYATAAN MEDIA PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN KALULUT SIPITANG DAN PROGRAM BADUDUN PAADIAN

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KADAYAN SABAH (PAADIAN)
Dikeluarkan pada 21/12/16
------------------------------------

PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN KALULUT SIPITANG.
Tarikh : 07.01.2016 (sabtu)
Jam : 10.00AM
Tempat : Berkumpul di Kediaman Ketua Kg. Lamidan Kuala Penyu.

PROGRAM BADUDUN PAADIAN.
Tarikh : 07.01.17 ( Sabtu)
Jam : 12.10 tengahari ( berkumpul di Masjid Kg Lambidan Sebelum Zohor)
Tempat : Di pantai Kg Lambidan

Tentatif Program:

7.45 am - Berkumpul di esplanade Sipitang.
8.00 am - Bertolak dari Sipitang ( konvoi)
10.00 am - Tiba di kg Lambidan
10.30 am - Lawatan dan bimbingan usahawan kalulut Sipitang.
11.00 am - Dialog
11.45 am - Bertolak ke masjid Kg Lambidan.
12.20 pm - Solat zohor ( masjid kg Lambidan)
12.30 pm - Bertolak ke pantai Kg Lambidan
- Makan Tengahari.
- Ucapan pengerusi majlis / doa
- Ucapan KK kg Lambidan
- Taklimat oleh Presiden PAADIAN YBgh Datuk Dr Yusof Yaacob.
- Dialog
- Menerima borang keahlian ( sekiranya ada)
- Melantik ketua penyelaras PAADIAN zon Kg Lambidan.
- 5-cabutan bertuah / penyampaian cendera kenangan (tanda istaan)


2.00 pm - Majlis dijangka selesai.

## Sekiranya hujan majlis badudun akan diadakan di balai raya Kg Lambidan.
## 5 cabutan bertuah kepada semua ahli yg hadir.
## Tarikh tutup penyertaan : 02/01/17
## Semua AMT diharap dpt hadir.
## Terbuka kepada semua Kadayan ( ahli dan yg belum ahli).
## Digalakkan membawa makanan/kuih/minuman dikit sawang.


Keperluan:
1. Lapik duduk bawa sendiri.(duduk dibwh puhun kayu di tepi pantai kg Lambidan)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi / whatsapp kepada pengerusi biro penerangan ditalian 
013-8154077.

Terima kasih.

Biro Penerangan
Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN )

Wednesday, 7 December 2016

SALAM MAULIDUR RASUL 1438H / 2016M


SALAM MAULIDUR RASUL 1438H / 2016M
12 Rabuilawal 1438H / 12 Disember 2016
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada
Presiden, Ahli Majlis tertinggi dan Ahli-ahli
PERSATUAN KADAYAN SABAH @ PAADIAN

Monday, 7 November 2016

KRT, PAADIAN Anjur Kursus Membuat Sabun

SIPITANG : Biro Ekonomi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Mesapol (Kg Kalamauh) dan Biro Ekonomi dan Usahawan (BEU) Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) baru-baru ini  menganjurkan Kursus Asas Membuat Sabun.

Kursus sehari yang diadakan di Kg Kalamauh dan dihadiri 41 peserta itu dirasmikan Pegawai Perpaduan Zon Pedalaman Bawah, Marhadi M Ardin.

Hadir sama, Naib Presiden PAADIAN, Zaleha Baha, Pegawai Perpaduan Daerah Sipitang, Ag Zulfadli Ag Musa, Pengerusi KRT Pekan Mesapol (Kg Kalamauh), Abdul Bakar Esah, Setiausaha BEU PAADIAN, Aspar Isah .

Marhadi berkata program itu memberi impak yang positif dalam usaha membantu masyarakat menerokai bidang ekonomi yang mampu menjana pendapatan.

"Selain aktiviti sosial dan kemasyarakatan KRT turut berperanan melaksanakan program yang mampu menambah pendapatan komuniti setempat. Justeru saya amat berharap usaha seperti ini dapat diadakan secara berterusan," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada PAADIAN yang telah bekerjasama menganjurkan kursus itu.

"Saya melihat gabungan kerjasama antara PAADIAN dan KRT dalam penganjuran kursus ini amat baik dan dialu-alukan. Dalam kesempatan ini saya bagi pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Intetgrasi Nasional (JPNIN) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan KRT dan saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan bukan sahaja KRT di sini malah di lain-lain KRT, " katanya ketika berucap merasmikan kursus itu.

Kursus membuat sabun yang berasaskan madu kelulut yang julung-julung kalinya diadakan di sini itu dikendalikan oleh Kamariah Moksin.

KAMARIAH (tiga kanan) menunjukkan kaedah membuat sabun kepada peserta

MARHADI (kiri) kelihatan bertanyakan sesuatu kepada Kamariah (kanan) selepas majlis perasmian kursus membuat sabun anjuran KRT dan PAADIAN baru-baru ini

DARI kanan : Ag Zulfadli, Zaleha dan Marhadi melihat barangan kosmetik yang turut dipamerkan sempena kursus itu

ASPAR (kiri), Marhadi (lima kanan), Zaleha (tiga kanan) dan Kamariah (dua kanan) merakam kenangan bersama jawatankuasa penganjur Kursus Asas Membuat Sabun

SEBAHAGAN peserta yang menghadiri Kursus Asas Membuat Sabun anjuran PAADIAN dan KRT Pekan Mesapol (Kg Kalamauh) Sipitang

Wednesday, 12 October 2016

Tuesday, 11 October 2016

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PERSATUAN KADAYAN SABAH [PAADIAN]

Pertandingan Mencipta logo ini diadakan bagi memilih Logo Rasmi Persatuan Kadayan Sabah [Paadian]. Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Johan - RM500.00 dan Sijil
  • Naib Johan - RM300.00 dan Sijil
  • Ketiga - RM200.00 dan Sijil
  • 3 Hadiah saguhati - RM100.00 dan Sijil


Tarikh Penghantaran Penyertaan adalah sebelum atau selewat lewatnya pada 31 Disember 2016.

Untuk terma dan syarat penyertaan serta borang penyertaan sila muat turun pada pautan dibawah ini.


Wednesday, 5 October 2016

PROGRAM DAN AKTIVITI PAADIAN

MAJLIS BACAAN DOA KESYUKURAN AKHIR TAHUN 1347H DAN AWAL TAHUN 1438H DAN BACAAN DOA UNTUK ANAK-ANAK PAADIAN YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PT3 2016.
01 OKTOBER - SURAU KG. NALUYAN, SIPITANG

Anjuran Biro Agama Dan Kebajikan PAADIAN dengan kerjasama AJK Surau Kg. Naluyan dan KRT (Biro Agama) Kg. Naluyan












PROGRAM DAN AKTIVITI PAADIAN

PROGRAM IBADAH KORBAN HARIRAYA AIDIL ADHA 1437H
KG. KALAMAUH, SIPITANG

Anjuran Biro Agama Dan Kebajikan PAADIAN dengan kerjasama AJK Surau Kg. Kalamauh dan KRT (Biro Agama) Kg. Kalamauh







Thursday, 8 September 2016

Borang Keahlian Paadian

Bagi memudahkan urusan untuk mendaftar sebagai ahli, disertakan disini borang keahlian Persatuan Kadayan Sabah (Paadian). Sila Muat Turun dan Cetak. Setelah Siap Diisi sila serahkan borang bersama bayaran kepada Setiausaha Persatuan, En Abdul Bakar Esah atau Penolong Setiausaha Persatuan Tn. Haji Ibrahim Hj. Diman dan juga semua Ahli Majlis Tertinggi Paadian.


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA DAN SELAMAT MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN 1438 H / 2016 MASIHI.

"DAGING DAN DARAH BINATANG QURBAN ATAU HADIAH TIDAK SEKALI KALI AKAN SAMPAI KEPADA ALLAH, TETAPI YANG SAMPAI KEPADANYA IALAH AMAL YANG IKHLAS BERDASARKAN TAQWA DARI KAMU". AL-HAJ:37

Base Map Kg. Pelakat, Sipitang

Base Map Kg. Pelakat, Sipitang.. Untuk kegunaan perancangan PKS @ Paadian.

Kredit untuk Paadian Awang Laiman..

Download

Wednesday, 31 August 2016

Selamat Datang

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PERSATUAN KADAYAN SABAH @ PAADIAN.



Persatuan Kadayan Sabah (Paadian) telah berdaftar secara rasminya di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan Nombor Pendaftaran PPM-028-12-22082016 mulai 22 Ogos 2016.





Tuesday, 30 August 2016

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN KADAYAN SABAH [PAADIAN]

SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN KADAYAN SABAH [PAADIAN]

PRESIDEN : DATUK DR YUSOF HJ. YACOB

TIMBALAN PRESIDEN : HJ. OSMAN AHMED

NAIB PRESIDEN : 

1. KASA SAIDI

2. YUSRI PUNGUT

3. ZALEHA BINTI BAHA

SETIAUSAHA : ABDUL BAKAR ESAH

PENOLONG SETIAUSAHA: HJ. IBRAHIM DIMAN

BENDAHARI : RAMLEE HJ. KARIAH

PENOLONG BENDAHARI : JOHAN GHANI

AHLI JAWATANKUASA :

1. MOHD RAFIE HJ. ISA
2. MANAN KATAK
3. HJ. ADNAN HJ. OTHMAN
4. MAIDUN HJ. SISAK
5. HARUNSAH IBRAHIM
6. HJ. KULA HJ. MAMIT
7. HJ. AG. PUASA JAMBUL
8. HAMIDI HJ. SALLEH
9. MAIMIN BINTI NAPI
10. ELLA SUHAIZA BINTI SUHAILI