Borang Keahlian PAADIAN

Borang Keahlian Paadian

Tuesday, 10 January 2017

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN KADAYAN SABAH [PAADIAN] BIL.1 TAHUN 2017

MESYUARAT AGUNG PAADIAN BIL. 1 TAHUN 2017

Tarikh    : 21 Januari 2017 (Sabtu)
Masa      : 09:00 pagi hingga 01:00 petang
Tempat  : Auditorium Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Agenda  : Sila Rujuk Notis dibawah


Friday, 23 December 2016

KENYATAAN MEDIA PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN KALULUT SIPITANG DAN PROGRAM BADUDUN PAADIAN

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KADAYAN SABAH (PAADIAN)
Dikeluarkan pada 21/12/16
------------------------------------

PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN KALULUT SIPITANG.
Tarikh : 07.01.2016 (sabtu)
Jam : 10.00AM
Tempat : Berkumpul di Kediaman Ketua Kg. Lamidan Kuala Penyu.

PROGRAM BADUDUN PAADIAN.
Tarikh : 07.01.17 ( Sabtu)
Jam : 12.10 tengahari ( berkumpul di Masjid Kg Lambidan Sebelum Zohor)
Tempat : Di pantai Kg Lambidan

Tentatif Program:

7.45 am - Berkumpul di esplanade Sipitang.
8.00 am - Bertolak dari Sipitang ( konvoi)
10.00 am - Tiba di kg Lambidan
10.30 am - Lawatan dan bimbingan usahawan kalulut Sipitang.
11.00 am - Dialog
11.45 am - Bertolak ke masjid Kg Lambidan.
12.20 pm - Solat zohor ( masjid kg Lambidan)
12.30 pm - Bertolak ke pantai Kg Lambidan
- Makan Tengahari.
- Ucapan pengerusi majlis / doa
- Ucapan KK kg Lambidan
- Taklimat oleh Presiden PAADIAN YBgh Datuk Dr Yusof Yaacob.
- Dialog
- Menerima borang keahlian ( sekiranya ada)
- Melantik ketua penyelaras PAADIAN zon Kg Lambidan.
- 5-cabutan bertuah / penyampaian cendera kenangan (tanda istaan)


2.00 pm - Majlis dijangka selesai.

## Sekiranya hujan majlis badudun akan diadakan di balai raya Kg Lambidan.
## 5 cabutan bertuah kepada semua ahli yg hadir.
## Tarikh tutup penyertaan : 02/01/17
## Semua AMT diharap dpt hadir.
## Terbuka kepada semua Kadayan ( ahli dan yg belum ahli).
## Digalakkan membawa makanan/kuih/minuman dikit sawang.


Keperluan:
1. Lapik duduk bawa sendiri.(duduk dibwh puhun kayu di tepi pantai kg Lambidan)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi / whatsapp kepada pengerusi biro penerangan ditalian 
013-8154077.

Terima kasih.

Biro Penerangan
Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN )

Wednesday, 7 December 2016

SALAM MAULIDUR RASUL 1438H / 2016M


SALAM MAULIDUR RASUL 1438H / 2016M
12 Rabuilawal 1438H / 12 Disember 2016
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada
Presiden, Ahli Majlis tertinggi dan Ahli-ahli
PERSATUAN KADAYAN SABAH @ PAADIAN

Monday, 7 November 2016

KRT, PAADIAN Anjur Kursus Membuat Sabun

SIPITANG : Biro Ekonomi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Mesapol (Kg Kalamauh) dan Biro Ekonomi dan Usahawan (BEU) Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) baru-baru ini  menganjurkan Kursus Asas Membuat Sabun.

Kursus sehari yang diadakan di Kg Kalamauh dan dihadiri 41 peserta itu dirasmikan Pegawai Perpaduan Zon Pedalaman Bawah, Marhadi M Ardin.

Hadir sama, Naib Presiden PAADIAN, Zaleha Baha, Pegawai Perpaduan Daerah Sipitang, Ag Zulfadli Ag Musa, Pengerusi KRT Pekan Mesapol (Kg Kalamauh), Abdul Bakar Esah, Setiausaha BEU PAADIAN, Aspar Isah .

Marhadi berkata program itu memberi impak yang positif dalam usaha membantu masyarakat menerokai bidang ekonomi yang mampu menjana pendapatan.

"Selain aktiviti sosial dan kemasyarakatan KRT turut berperanan melaksanakan program yang mampu menambah pendapatan komuniti setempat. Justeru saya amat berharap usaha seperti ini dapat diadakan secara berterusan," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada PAADIAN yang telah bekerjasama menganjurkan kursus itu.

"Saya melihat gabungan kerjasama antara PAADIAN dan KRT dalam penganjuran kursus ini amat baik dan dialu-alukan. Dalam kesempatan ini saya bagi pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Intetgrasi Nasional (JPNIN) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan KRT dan saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan bukan sahaja KRT di sini malah di lain-lain KRT, " katanya ketika berucap merasmikan kursus itu.

Kursus membuat sabun yang berasaskan madu kelulut yang julung-julung kalinya diadakan di sini itu dikendalikan oleh Kamariah Moksin.

KAMARIAH (tiga kanan) menunjukkan kaedah membuat sabun kepada peserta

MARHADI (kiri) kelihatan bertanyakan sesuatu kepada Kamariah (kanan) selepas majlis perasmian kursus membuat sabun anjuran KRT dan PAADIAN baru-baru ini

DARI kanan : Ag Zulfadli, Zaleha dan Marhadi melihat barangan kosmetik yang turut dipamerkan sempena kursus itu

ASPAR (kiri), Marhadi (lima kanan), Zaleha (tiga kanan) dan Kamariah (dua kanan) merakam kenangan bersama jawatankuasa penganjur Kursus Asas Membuat Sabun

SEBAHAGAN peserta yang menghadiri Kursus Asas Membuat Sabun anjuran PAADIAN dan KRT Pekan Mesapol (Kg Kalamauh) Sipitang

Wednesday, 12 October 2016

Tuesday, 11 October 2016

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PERSATUAN KADAYAN SABAH [PAADIAN]

Pertandingan Mencipta logo ini diadakan bagi memilih Logo Rasmi Persatuan Kadayan Sabah [Paadian]. Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Johan - RM500.00 dan Sijil
  • Naib Johan - RM300.00 dan Sijil
  • Ketiga - RM200.00 dan Sijil
  • 3 Hadiah saguhati - RM100.00 dan Sijil


Tarikh Penghantaran Penyertaan adalah sebelum atau selewat lewatnya pada 31 Disember 2016.

Untuk terma dan syarat penyertaan serta borang penyertaan sila muat turun pada pautan dibawah ini.